Yayasan Bushra Bersama PRU Bantu Mangsa Banjir Telok Gong dan Pelabuhan Indah
Alhamdulillah, pihak Yayasan Bushra (YB) telah diberi peluang untuk bersama-sama dengan Pergerakan Resolusi Ummah Klang Selangor (PRU) untuk menyiapkan dan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dengan musibah banjir di kawasan Telok Gong dan Pelabuhan Indah. YB & PRU yang masing-masing diketuai oleh Tuan Haji Adi Negara Kamarudin, Pengerusi Eksekutif YB dan Yang Berbahagia Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Onn, Pengerusi PRU telah bersama-sama turun padang untuk menyampaikan sendiri bantuan tersebut. Turut menyumbang ialah Geng Istiqomah Johor untuk menjayakan program ini. Jazakumullahu Khayran Kathira.
Program yang berjalan selama 2 hari ini telah dimulakan dengan kawasan Telok Gong, Pelabuhan Klang (25 Disember 2021) dan seterusnya Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada keesokan harinya. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancangkan dengan izin Allah.
Mudah-mudahan bantuan yang telah disampaikan diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan mereka yang terkesan. Besar harapan kami di YB agar kerjasama yang telah dirintis bersama PRU ini dapat disebarluaskan manfaatnya kepada lebih ramai golongan sasar.
Kami dengan ini mengucapkan Jazakumullahu Khayran Kathira kepada semua yang terlibat dan juga kepada para penyumbang yang telah bermurah hati untuk menginfaqkan sebahagian harta mereka untuk manfaat ummah. Barakallahu Feekum.
Post Comment
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.