Hukum Ibadah Korban – Part 01

18.05.2024 (Sabtu)

Ustaz Abd Razak bin Mohamed
Tazkirah Ringkas.

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى.
Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh. Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. – Surah al-Kautsar: ayat 2
Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.
12 views

No. 12, Taman Ken Rimba, 2, Jalan Lengkuas D16/D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yb@yayasanbushra.com
yayasanbushra2020@gmail.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.