Tabung Bantuan OKU Yayasan Bushra

Membantu golongan istimewa ke arah kehidupan yang lebih berdikari dan bermaruah.

Apa Itu Tabung Bantuan OKU?

Tabung Bantuan OKU diwujudkan bagi menyokong kehidupan dan kebajikan komuniti orang kurang upaya di Malaysia tanpa mengira usia, latar belakang atau jenis ketidakupayaan. Melalui sumbangan anda, antara perkara yang boleh Yayasan Bushra dapat menyalurkan:

  • Bantuan kewangan bulanan untuk OKU yang tidak berpendapatan tetap.

  • Peralatan bantuan mobiliti seperti kerusi roda, alat bantu dengar dan tongkat khas.

  • Sokongan rawatan & pemulihan, termasuk terapi fisioterapi dan terapi pertuturan.

  • Latihan kemahiran & sokongan pekerjaan bagi membantu mereka berdikari.

Kenapa Tabung Bantuan OKU Ini Penting?

Golongan OKU sering berdepan cabaran yang tidak mudah – dari segi kesihatan, pekerjaan, hingga akses kepada kemudahan asas. Ramai di antara mereka memerlukan bantuan segera untuk meneruskan kehidupan seharian. Melalui Tabung Bantuan OKU Yayasan Bushra, anda membantu menyediakan peluang baru untuk mereka bangkit, berdikari, dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

“Mereka mungkin berbeza, tetapi hak mereka untuk hidup dengan maruah tetap sama.”

Mereka Yang Telah Dibantu

Mari Bersama Kami Dalam Misi Kebajikan Ini

Golongan OKU adalah sebahagian daripada masyarakat kita. Mereka tidak meminta simpati, hanya peluang untuk hidup dengan lebih bermakna. Dengan menyumbang ke Tabung Bantuan OKU Yayasan Bushra, anda membantu menyediakan ruang kehidupan yang lebih baik, peluang pendidikan, serta kemudahan asas untuk mereka terus melangkah ke hadapan.

Walaupun Hanya RM10, Sumbangan Itu Mampu Melakar Senyuman Mereka, Insya Allah.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.