Sunnah Bangkit Dari Tidur
Menyapu kesan tidur dari muka dengan tangan.
Imam Nawawi & Ibnu Hajar menyebutkan bahawa hal ini digalakkan berdasarkan satu hadis baginda Nabi ﷺ
Apabila Rasulullah ﷺ bangkit dari tidur, baginda akan duduk, lalu menyapu kesan tidur dari mukanya dengan menggunakan tangan.
Membaca doa.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ“Segala puji bagi Allah SWT yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya lah tempat kembali.” – Riwayat al-Bukhari
Bersiwak atau menggosok gigi.
“Rasulullah ﷺ bersiwak apabila bangun dari malam.” – Riwayat al-Bukhari & Muslim.
Petikan dari buku 𝐇𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝟏𝟎𝟎𝟎 𝐒𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐏𝐚𝐠𝐢 & 𝐏𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠