Adik Mujahid anak kepada saudara Muhammad Ridzuan akan menjalani rawatan pemindahan sum sum tulang pada bulan Ogos 2023 yang dianggarkan RM60,000.00.

Setakat ini beliau telah dapat mengumpul sebanyak RM20.000 dan memerlukan lebih RM40,000 lagi (termasuk kos rawatan susulan). Oleh yang demikian kami dari Yayasan Bushra bagi pihak saudara Muhammad Ridzuan merayu untuk anda menyumbang seberapa yang ikhlas bagi tujuan tersebut.

Kemaskini Kutipan Terkini
RM1,910.00 of RM40,000.00

Sumbang Sekarang

Adik Mujahid yang kini berumur 10 tahun telah didiagnosis oleh doktor mengidap penyakit “Beta Thalassemia Major”. Sejak lahir hingga sekarang adik Mujahid perlu menjalani rawatan pemindahan darah (blood transfusion) secara berkala.

Alhamdulillah dengan perkembangan teknologi rawatan terkini, adik Mujahid berpeluang untuk sembuh dari penyakit ini dengan menjalani rawatan pembedahan pemindahan sum sum tulang yang didermakan oleh bapanya sendiri, iaitu Saudara Muhammad Ridzuan.

 

Terdahulu adik Mujahid telah menjalani rawatan kemoterapi pada 19 hingga 23 Jun 2023 (sesi pertama) dan 17 hingga 21 Julai 2023 (sesi kedua).

Berikut adalah jadual rawatan yang perlu dilalui :

  • 31 Julai 2023 : Ekstrak sel sum sum tulang dari penderma (bapa)
  • 13 Ogos 2023 : Mula rawatan di wad untuk sesi ketiga kemoterapi dan “Operation CVL” iaitu membuat laluan untuk menerima sel sum sum tulang
  • 30 Ogos 2023 : Bermula prosedur transplan sum sum tulang (mengambil masa sekurang-kurangnya 6 minggu)

Yayasan Bushra dengan dana yang ada sekarang ini hanya mampu menyumbang sebanyak RM5,000 dan telah diserahkan kepada Saudara Ridzuan.

Dengan ini pihak Yayasan Bushra ingin mengajak anda semua untuk turut sama membantu adik Mujahid dan keluarganya. Walau sedikit mana bantuan kita, mungkin besar bagi mereka dan besar di sisi Allah SWT.

Sila Buat Sumbangan Secara Online Di Sini

No. 12, Taman Ken Rimba, 2, Jalan Lengkuas D16/D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yb@yayasanbushra.com
yayasanbushra2020@gmail.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.