Abdullah Gunalan merupakan salah seorang asnaf yang menerima bantuan dari Yayasan Bushra. Beliau terlibat dengan satu kemalangan pada bulan April 2024 dan sebelum ini salah satu kaki beliau memang dalam keadaan tempang.
Namun, selepas kemalangan baru-baru ini, kedua belah kakinya kemungkinan besar akan menjadi lumpuh, malah tangannya juga mengalami kecederaan yang teruk. Kini, ekonomi rumahtangganya bergantung kepada pekerjaan isterinya semata-mata.
Ayuh bantu beliau dan keluarga untuk membiasakan diri dengan norma baharu bagi seluruh keluarganya.