Raikan Aidilfitri Dengan Senyuman Mereka

Bantu kami menyediakan Pek Bantuan Hari Raya kepada keluarga asnaf agar mereka juga dapat menyambut Syawal dengan penuh kegembiraan dan maruah.

Tidak Semua Orang Mampu Menyambut Raya

Setiap kali menjelang Aidilfitri, kita sibuk membuat persiapan — membeli baju baharu, kuih raya, dan keperluan dapur.

Namun bagi sebahagian keluarga asnaf, raya bukan tentang persiapan…
tetapi tentang bagaimana mahu cukupkan makan harian.

Ada yang:

  • Baru keluar wad dan kesihatan tak berapa baik.

  • Ibu tunggal dengan beberapa orang anak yang masih bersekolah.

  • Warga emas tanpa sokongan keluarga.

  • Keluarga berpendapatan bawah garis kemiskinan.

Bagi mereka, pek bantuan ini bukan sekadar barang dapur.
Ia adalah harapan dan kelegaan.

Apa Itu Program Pek Bantuan Hari Raya?

Program ini bertujuan menyediakan keperluan asas dan barangan raya kepada keluarga asnaf yang dikenal pasti melalui proses pengenalan dan temu ramah.

Setiap penerima dipilih berdasarkan:

  • Status asnaf yang sah
  • Penilaian lawatan lapangan
  • Keperluan semasa keluarga

Program ini memastikan bantuan sampai kepada yang benar-benar memerlukan.

Nilai Pek Bantuan adalah RM100 setiap pek.

Cadangan barangan dalam 1 pek:

  • Kordial minuman
  • 3-5 jenis kuih/biskut/kerepak
  • Ketupat segera
  •  Serunding
  • Serta sumbangan Duit Raya

#Throwback2025

Menjelang Hari Raya, YB akan menyediakan pek bantuan dan juga duit Raya untuk para asnaf yang menerima pek iftar. Begitu juga untuk tahun ini. Pek Bantuan Hari Raya mengandungi keperluas asas sebagai persedian Hari Raya seperti ketupat segera, kuih-muih Raya, kordial air minuman, serunding, beras dan lain-lain keperluan. Setiap pek bantuan bernilai RM100 untuk setiap keluarga dan semua ini merupakan sumbangan penuh dari mereka yang telah menyokong YB selama ini setiap tahun. Jazakumullahu khairan kami ucapkan.

Kenapa Sumbangan Anda Sangat Bermakna?

 Sabda Nabi ﷺ:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

Jangan Biarkan Mereka Menyambut Raya Dalam Kesempitan

Tajaan juga boleh disalurkan secara manual ke akaun bank di bawah ini.

Kepada yang inginkan maklumat lanjut sila hubungi : 013-969 7944

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.