BANTU KAMI

January 4, 2022

Sumbangan Dana Bagi Peniaga Diuji Musibah

Sumbangan Dana Bagi Peniaga Diuji Musibah

January 4, 2022

Hari ini Pengerusi Eksekutif Yayasan Bushra, Tuan Haji Adi Negara bin Kamarudin telah pergi ke Taman Desawan Klang untuk menyampaikan sumbangan dana kepada salah seorang peniaga yang diuji dengan beberapa musibah.

Beliau yang merupakan seorang suri rumah, suami beliau ditimpa ujian iaitu mengalami kemalangan di tempat kerja dan menyebabkan kecederaan serius pada tulang belakangnya.

Sehubungan dengan itu, Yayasan Bushra terpanggil untuk menyampaikan bantuan bagi membantu memulakan perniagaannya semula yang diharap mampu mengubah serba sedikit ekonomi keluarga.

Bertepatan dengan salah satu dasar kami iaitu "Pembangunan Ekonomi", diharap sumbangan ini mampu mengubah masa depan beliau.

Kami mengucapkan jazakumullahu khayran kepada penyumbang yang terus menerus menyokong usaha kami dalam menjadi "Pemangkin Pembangunan Ummah" berdasarkan 5 dasar utama YB.

Copyright © 2020 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Designed & Maintained by GTNS.
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
crossmenu linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram