SERINGGIT? BAIK TAK PAYAH SEDEKAH!
Kadang ada yang memperlekehkan besarnya pahala sedekah. Sedar tak sedar walaupun nilai seringgit, pahala sedekah itu besar! Setiap pahala itu akan bercambah dan bercambah.
“Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai ada seratus biji.” (Surah al-Baqarah: 261)
Atleast, pahalanya akan menjadi 700 kali ganda. Bayangkan! Kalau letak seringgit, sebenarnya atleast pahalanya ialah RM700! Jadi jangan remehkan orang yang bersedekah dengan nilai yang sedikit.
Risau ada juga yang hanya sebab ada lebihan beberapa ringgit, lalu mereka kata “alah takyah lah sedekah setakat ade sepuluh ringgit je. Kalau seratus ke oke lah sikit”. Wahai muslimin, ketahuilah nilai sedikit itulah pahala yang besar ketika kita memang ada sedikit.
Bayangkan seorang kaya bersedekah RM10000. Seorang miskin hanya ada RM1 ditangannya dan tiada harta lain. Lalu dia mensedekahkan RM1 di tangannya itu. Bukankah si miskin itu telah mensedekahkan seluruh hartanya? Bukankah pahalanya besar ketika mensedekahkan seluruh hartanya?
Jadi jangan kita sibuk menunggu-nunggu kaya baru nak bersedekah. Sebaliknya bersedekahlah walaupun kita masih belum ada apa-apa. Boleh jadi sedekah itu ialah asbab Allah memberikan kita nikmat kekayaan di waktu mendatang.
RM1 ni mudah je. Zaman sekarang pun. Jumpa QR Code tabung kebajikan, scan sekejap dan dah beri RM1. Pahalanya atleast 700 kali ganda. Jangan pula kita fikir, “alah orang tengok aku bagi RM1 je. Malu lah”. Jangan malu. Kerana RM1 itulah yang menambah amal soleh kita diakhirat. Sementara mereka yang menahan harta mereka kerana malu, tak dapat melebarkan pahala mereka sendiri.
Terutamanya bersedekah untuk bulan Ramadhan yang hampir tiba. Jangan tunggu Ramadhan baru bersedekah. Apa jaminan kita sempat sampai ke Ramadhan itu? Sekaranglah kita laburkan pahala kita dan pertingkatkan lagi ketika Ramadhan tiba.
Jangan takut bersedekah dengan nilai yang sedikit. Tapi takutlah ketika kita hilang rasa ingin bersedekah.
“Janganlah orang-orang yang bakhil dengan kurniaan Allah menyangka ia baik bagi mereka, bahkan ia buruk bagi mereka.” — (Surah Āli ‘Imrān: 180)
Taufiq Tuah
15.01.26 | 25.07.47

