Adi Negara Kamarudin yang lebih di kenali Pak Adi / Tok Adi adalah seorang yang berminat dalam perniagaan. Setelah beliau berhenti kerja dengan sebuah syarikat swasta, beliau kemudiannya aktif dengan pelbagai perniagaan secara kecil-kecilan dan akhirnya mendaftarkan sebuah syarikat milikan Tunggal iaitu Perniagaan Bushra yang bertempat di Bandar Klang pada tahun 2010 dengan menjual buku-buku agama yang berteraskan sumber yang sahih dan produk-produk yang berasaskan sunnah.
Pada tahun 2015, Perniagaan Bushra telah digantikan kepada Bushra Holding Sdn Berhad dan berpindah ke Seksyen 16 Shah Alam dengan matlamat untuk mewujudkan sebuah Yayasan yang dapat membantu masyarakat dalam berbagai aspek kehidupan.
Bushra Holding Sdn Bhd mempunyai 3 anak syarikat yang di bawahnya terdiri daripada entiti-entiti berikut:
Pustaka Bushra Sdn Bhd (menjual buku-buku agama serta produk makanan sunah)
Bushra Studio & Publications Sdn Bhd (penerbitan buku-buku berteraskan dakwah keperluan masyarakat).
Bushra Al-Birr Training Center Sdn Bhd (kelas-kelas bimbingan agama dan usaha kebajikan terutama kepada golongan asnaf dan miskin)
Dalam masa yang sama, hasil dari sokongan rakan rapat, beliau telah memohon untuk mendaftarkan sebuah Yayasan. Namun begitu, malangnya ia telah beberapa kali ditolak. Akhirnya pada November 2019, permohonan beliau telah diluluskan pendaftarannya dengan nama Yayasan Bushra dengan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh Menteri berkenaan melalui SSM.
Matlamat Yayasan Bushra adalah sebagai “Pemangkin Pembangunan Ummah” sebagai motonya dengan mensasarkan aktiviti-aktivitinya kepada 5 Dasar seperti berikut:
Dua dasar Utama :
Dakwah
Kebajikan
Tiga dasar sokongan :
Pembangunan Harta
Bantuan Ekonomi
Bantuan Pelaburan
Beliau juga telah menetapkan dengan kelulusan permohonan pendaftaran ini, Yayasan Bushra adalah ‘Yayasan Amanah’ yang mana Pengerusi serta Ahli Lembaga Pengamanah adalah sebagai pengawal perancangan pengurusan dan diketuai oleh Ketua Eksekutif serta Pengarah Operasi di Bahagian Perlaksanaan Dasar
Semoga usaha murni ini terus mencapai kejayaan dengan rahmat dan keberkatan-Nya.