Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Satu Katil, Seribu Harapan

Alhamdulillah, sebuah katil perubatan (medical bed) yang disumbangkan oleh seorang insan prihatin dari Petaling Jaya telah selamat dihantar dan kini dimanfaatkan oleh keluarga penerima.

Katil ini menggantikan katil single yang sebelum ini digunakan oleh ayah pemohon, sekali gus memberikan keselesaan yang lebih baik dalam menjalani rutin harian dan proses penjagaan kesihatan di rumah.

Bagi kita, mungkin ia hanyalah sebuah katil yang tidak lagi digunakan. Namun bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan, katil seperti ini mampu memberikan keselesaan, memudahkan urusan penjagaan, malah membantu mengurangkan beban ahli keluarga yang menjadi penjaga sepenuh masa.

Inilah indahnya berkongsi rezeki. Ada kalanya, bantuan yang paling bernilai bukanlah wang ringgit, tetapi sesuatu yang masih elok dan boleh dimanfaatkan oleh orang lain.

 Jazakillahu khair kepada penyumbang yang telah mengamanahkan katil ini kepada Yayasan Bushra. Semoga setiap manfaat yang diterima oleh penerima menjadi amal jariah yang berterusan, dan Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.”
(Hadis Riwayat al-Tabarani)

Kami juga ingin mengajak seluruh masyarakat untuk sama-sama menjadi sebahagian daripada rantaian kebaikan ini.

Sekiranya tuan puan mempunyai barangan perubatan yang masih dalam keadaan baik seperti:
✅ Katil hospital (Medical Bed)
✅ Kerusi roda
✅ Walker
✅ Tongkat
✅ Commode Chair
✅ Tilam anti-luka (Ripple Mattress)
✅ Oxygen Concentrator
✅ Nebulizer
✅ Peralatan perubatan lain yang masih boleh digunakan

Jangan biarkan ia tersimpan tanpa dimanfaatkan. Mungkin ada keluarga yang sedang berusaha mendapatkannya, tetapi tidak mampu menyediakannya.

Insya-Allah, #TeamKebajikanYB akan membantu menghubungkan sumbangan tersebut kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Untuk maklumat lanjut atau ingin menyumbangkan barangan perubatan, hubungi: https://wa.me/60126684532 (Taufiq)

Setiap barang yang disumbangkan mungkin kelihatan biasa pada kita, tetapi boleh menjadi nikmat yang luar biasa bagi mereka yang memerlukan. Mari bersama-sama kita panjangkan manfaat dan terus menjadi asbab kebaikan buat orang lain.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.