Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Santuni Pakcik Ruslin Melalui Program #ZiarahKasihYB

KLANG, SELANGOR – Prihatin terhadap nasib golongan yang diuji dengan masalah kesihatan dan kesempitan hidup, Yayasan Bushra meneruskan komitmennya melalui program #ZiarahKasihYB dengan menziarahi Pakcik Ruslin di Bandar Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Pakcik Ruslin yang berusia 60 tahun merupakan seorang siak di Surau Al-Hidayah Bandar Bukit Tinggi. Beliau kini berdepan cabaran besar selepas diserang strok yang telah menjejaskan keupayaan fizikalnya serta memberi kesan kepada sumber pendapatan keluarga.

Menurut perkongsian beliau kepada pasukan kebajikan Yayasan Bushra, pada peringkat awal serangan strok, keseluruhan bahagian kiri badannya lumpuh dan tidak dapat digerakkan. Namun, dengan izin Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى serta usaha yang berterusan menjalani beberapa sesi fisioterapi, keadaan kesihatannya semakin bertambah baik. Kini beliau sudah mampu berjalan semula, walaupun masih memerlukan bantuan tongkat dan perlu bergerak secara perlahan-lahan. Walau bagaimanapun, tangan kirinya masih belum pulih sepenuhnya dan belum dapat digunakan seperti biasa.

Keadaan ini menyebabkan Pakcik Ruslin tidak lagi mampu melakukan pekerjaan seperti sebelum ini. Kemampuan fizikal yang semakin terhad menjadikan beliau sukar untuk mencari pendapatan bagi menyara keluarga. Lebih menyentuh hati, beliau masih memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan menanggung dua orang anak yang masih belajar. Anak lelakinya kini sedang menuntut di sebuah pusat tahfiz, manakala anak perempuannya masih bersekolah berhampiran kediaman mereka.

Menyedari kesulitan yang dihadapi, Yayasan Bushra telah menyalurkan pek bantuan bulanan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian keluarga Pakcik Ruslin. Bantuan ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada beliau, khususnya dalam memenuhi keperluan asas sementara meneruskan proses pemulihan kesihatan.

Program #ZiarahKasihYB merupakan antara inisiatif kebajikan Yayasan Bushra yang dilaksanakan secara konsisten bagi mengenal pasti individu dan keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan. Melalui sesi ziarah seperti ini, pasukan Yayasan Bushra bukan sahaja dapat menyampaikan sumbangan, malah berpeluang mendengar sendiri kisah kehidupan penerima bantuan agar bentuk bantuan yang diberikan lebih bersesuaian dengan keperluan mereka.

Sesungguhnya, masih ramai individu seperti Pakcik Ruslin yang memerlukan sokongan berterusan daripada masyarakat. Dengan sumbangan orang ramai, Yayasan Bushra dapat meneruskan pelbagai program kebajikan termasuk bantuan makanan bulanan, bantuan pesakit, bantuan keluarga asnaf serta ziarah kebajikan di seluruh negara.

Yayasan Bushra merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang selama ini istiqamah menghulurkan bantuan. Setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kepada kelangsungan hidup insan-insan yang sedang diuji dan membuka ruang untuk lebih ramai penerima manfaat dibantu.

Marilah kita bersama-sama menjadikan amalan berkongsi rezeki sebagai satu budaya. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi saham akhirat yang berkekalan dan membawa sinar harapan kepada mereka yang sedang melalui kesukaran hidup.

Orang ramai yang ingin menyokong usaha kebajikan Yayasan Bushra boleh menyalurkan sumbangan ke akaun berikut:

YAYASAN BUSHRA
Maybank: 5624 6932 2440
Rujukan: Kebajikan

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى mempermudahkan segala urusan, melapangkan rezeki serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda di dunia dan akhirat.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.