Pusat Bahasa Arab – Yayasan Bushra
Alhamdulillah Yayasan Bushra telah menerima sejumlah 25 orang pelajar lepasan tahfiz bagi memulakan sesi latihan di Pusat Bahasa Arab (PBA) di bawah kelolaan YB. Matlamat utama penubuhan PBAYB ini adalah bertujuan memantapkan kemahiran Bahasa bagi pelajar huffaz yang ada diantara mereka tidak mengetahui makna perkata bagi ayat yang dihafal oleh mereka. Alhamdulillah, hasil dari sumbangan orang ramai, pelatih-pelatih ini dibiayai keseluruhannya. Semoga dengan adanya program ini YB dapat melahirkan para huffaz yang boleh menterjemah dan menafsirkan ayat yang di baca dan juga mahir dalam membaca kitab-kitab arab yang dapat menjadi “Generasi Memimpin Ummah” dimasa mendatang. InsyaAllah.
Post Comment