Program Rawatan Kesihatan Percuma untuk Mangsa Bencana Banjir di Empat Lokasi Terpilih
Alhamdulillah, berkat kerjasama antara Dr. Nik, pemilik Poliklinik Utama di Kota Bharu, dengan Yayasan Bushra berjaya menganjurkan program rawatan kesihatan percuma untuk mangsa-mangsa bencana banjir yang terjejas di Kelantan. Program ini bukan sahaja memberi manfaat besar kepada komuniti yang memerlukan, malah turut melibatkan sokongan daripada beberapa organisasi terkemuka, seperti PIKDM, Ghulam Al Dakwah, Kedai Amal Akhirat Malaysia, dan Yayasan Pondok Sungai Durian. Program ini adalah rentetan dari program bantuan kecemasan untuk mangsa-mangsa bencana banjir di Kelantan pada awal Disember lalu.
@yayasan.bushra Sekitar suasana ketika Program Rawatan Kesihatan Percuma di Masjid Lubok Gong, Rantau Panjang, Kelatan baru-baru ini. Kelihatan Dr. Nik sedang merawat salah seorang mangsa bencana banjir di sana. yayasanbushra #banjir2024 #kebajikan #bantuan
Kerjasama ini telah membuahkan hasil yang amat positif dalam membantu mengurangkan beban mangsa banjir, khususnya dalam aspek kesihatan. Dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak, kami dapat memberikan rawatan perubatan yang sangat diperlukan oleh mereka yang terjejas. Melalui inisiatif ini, kami terus berusaha memberikan perkhidmatan rawatan percuma di kawasan-kawasan yang telah dipilih, iaitu Rantau Panjang, Tumpat, Kuala Krai, dan Pasir Mas. Keempat-empat lokasi ini merupakan antara kawasan yang teruk terjejas akibat banjir baru-baru ini, dan program rawatan ini akan memberi manfaat kepada ribuan individu yang memerlukan perhatian kesihatan.
@yayasan.bushra Selain di Rantau Panjang, pasukan Dr. Nik juga mengadakan program rawatan kesihatan percuma ini di Tumpat, Kelantan.#banjir2024 #kebajikan #asnaf #bantuan #bencanaalam yayasanbushra
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah memberikan sokongan tanpa mengira bentuknya, sama ada dalam bentuk wang, ubat-ubatan, atau bantuan logistik. Sumbangan anda semua telah menjadikan program ini lebih berkesan dan memberi impak yang besar kepada kehidupan mereka yang terjejas. Tanpa sokongan dan kerjasama anda semua, usaha murni ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Selain itu, kami juga ingin memohon doa daripada para pembaca, agar program rawatan kesihatan percuma ini dapat terus berjalan dengan lancar dan berjaya membantu lebih ramai mangsa bencana. Semoga segala usaha ini diberkati dan diterima sebagai amal jariah yang bermanfaat kepada masyarakat.
@yayasan.bushra Lokasi terakhir bagi Program Rawatan Kesihatan PERCUMA adalah di Masjid Mukim Bakong, Pasir Mas, Kelantan. Ucapan jutaan terima kasih kami kepada semua penyumbang yang baik hati. #banjir2024 #kebajikan #bantuan #bencanaalam #asnaf
Sebagai penutup, kami mengajak lebih banyak organisasi dan individu yang prihatin untuk turut serta dalam usaha ini. Kami percaya bahawa bersama-sama kita boleh membangunkan ummah dengan memberi bantuan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan, terutama dalam situasi pasca-bencana ini. Kami sentiasa terbuka untuk menerima kerjasama daripada pihak-pihak yang ingin terlibat dalam memberi sumbangan untuk kebaikan bersama. Insya Allah.
——————————————
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Bushra di bawah:
π¬ππ¬ππ¦ππ‘ ππ¨π¦ππ₯π
π§π¨π€π¦ π¨π«π₯π€ π€π¦π¦π’ (π¬π πΈπ‘π ππͺ)
ππΆπ«: ππ¦π£π’π«πͺπ¬π’π―