Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Program Iftar Ramadan Datang Lagi, Peluang Keemasan Untuk Anda

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yayasan Bushra dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab ingin memaklumkan kepada seluruh para penyumbang, rakan strategik serta masyarakat umum bahawa permintaan bagi tajaan infak Ramadan untuk tahun 2026 telah mula diterima lebih awal. Perkara ini mencerminkan kesedaran dan keprihatinan masyarakat yang semakin tinggi terhadap keperluan golongan asnaf, fakir, miskin serta mereka yang memerlukan, khususnya menjelang bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Sehubungan dengan itu, Yayasan Bushra dengan ini merasmikan pelancaran kutipan dana Program Infak Ramadan YB bagi tahun 1447–1448 Hijrah bersamaan 2026 Masihi. Program ini merupakan inisiatif tahunan Yayasan Bushra yang bertujuan menyediakan juadah iftar kepada golongan sasaran sepanjang bulan Ramadan, agar mereka juga dapat menikmati nikmat berbuka puasa dengan sempurna dan penuh kesyukuran. Yayasan Bushra mensasarkan 170 pek makanan setiap hari sepanjang 26 hari dalam bulan Ramadan nanti. 1 tajaan kami meletakkan RM10 dan akan ia akan memerlukan kos kesuluruhan yang bernilai RM44,200.

Melalui program ini, para penyumbang berpeluang untuk menempah slot tajaan infak iftar, sama ada secara individu, keluarga, kumpulan, syarikat atau organisasi. Setiap sumbangan yang disalurkan akan digunakan sepenuhnya bagi penyediaan makanan berbuka puasa yang berkhasiat dan sesuai, selaras dengan keperluan penerima bantuan. Insya-Allah, usaha kecil ini mampu membawa kegembiraan besar kepada mereka yang diuji dengan kesempitan hidup.

Yayasan Bushra percaya bahawa Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga medan untuk memperbanyakkan amalan kebajikan, berkongsi rezeki dan menguatkan ukhuwah sesama insan. Justeru, kami menjemput seluruh masyarakat untuk bersama-sama merebut peluang ganjaran pahala melalui Program Infak Ramadan ini, yang manfaatnya bukan sahaja dirasai oleh penerima, malah menjadi bekalan akhirat buat para penyumbang.

Bagi pihak yang berminat untuk membuat tempahan tajaan atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Infak Ramadan Yayasan Bushra 2026, anda boleh menghubungi wakil kami melalui talian berikut:

Akhir kata, pihak Yayasan Bushra merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan berterusan daripada semua pihak. Kami mendoakan agar setiap usaha, sumbangan dan niat baik yang dicurahkan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, diberkati dan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran.

Barakallahu fiikum.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.