Pemangkin Pembangunan Ummah
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Program Ibadah Korban 1445H/2024M

18 Jun 2024, Selasa – Syukur kami panjatkan kepada Allah سبحانه و تعالى atas kurniaan nikmat rezeki yang diberikan kepada Yayasan Bushra untuk peluang kami menganjurkan Program Ibadah Korban bagi tahun ini. Tahun ini merupakan tahun ketiga untuk Yayasan Bushra bekerjasama dengan Iman Emas Resources dalam melaksanakan ibadah korban baru-baru ini. Jazakumullahu khairan kami ucapkan.

Lebih kurang pada April 2024 lalu, kami telah melawat ladang lembu dan kambing Iman Emas Resources yang diuruskan oleh Encik Iman sendiri, bagi menyatakan hasrat Yayasan Bushra untuk meneruskan kerjasama kami selama ini. Kesempatan itu, kami turut mengedarkan buku poket Ibadah Aqiqah & Qurban kepada Iman Emas Resources sebagai satu usaha dakwah kami bersama untuk mengajak lebih ramai memahami dan mengelakkan salah faham dalam bab ibadah korban.

 

Sehubungan dengan itu, setelah bulan Mei 2024 tiba, kami mula buka pendaftaran untuk para peserta korban yang sudi untuk bersama-sama dengan Yayasan Bushra untuk melaksanakan ibadah korban ini. Alhamdulillah, seramai 21 orang peserta korban lembu telah berdaftar manakala 16 orang peserta korban kambing pula telah mengisi slot yang ada. Berbekalkan jumlah peserta yang telah berdaftar, kami buat keputusan menutup pendaftaran.

Tepat pada 18 Jun 2024, bersamaan dengan hari Selasa, semua haiwan korban telah selamat disembelih oleh pihak Iman Emas Resources pada awal paginya di lokasi mereka. Pihak Yayasan Bushra menunggu di pejabat bagi menerima bungkusan-bungkusan daging korban sepertimana yang telah direncanakan. Di pejabat Yayasan Bushra, khemah-khemah semuanya telah tersedia untuk menguruskan daging-daging yang bakal tiba. Lebih kurang pada pukul 11.00 pagi, daging-daging telah sampai dan terus diagihkan kepada peserta-peserta korban dan penerima-penerima.

Pihak Iman Emas Resources telah mengandar tanggungjawab untuk menyembelih dan memproses daging-daging, kepala, tulang dan bahagian-bahagian lain haiwan korban bagi pihak Yayasan Bushra. Praktis sebegini telah kami laksanakan sejak beberapa tahun lalu berdasarkan kapasiti yang ada. Kami pernah terlibat secara keseluruhan proses korban dari sembelihan sehinggalah pengagihan daging pada tahun-tahun lalu. Namun, berdasarkan kapasiti yang ada, kami melihat cara ini lebih sesuai dengan kemampuan kami buat masa ini. Mungkin pada masa akan datang, kami dapat melaksanakan seluruh proses ibadah korban ini di lokasi yang terpilih, insya Allah.

Sekali lagi kami ucapkan jazakumullahu khairan kepada semua yang terlibat dalam Program Ibadah Korban bersama Yayasan Bushra terutamanya para peserta, Iman Emas Resources, pasukan kerja Yayasan Bushra dan semua yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.

 

 

No. 12, Taman Ken Rimba, 2, Jalan Lengkuas D16/D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yb@yayasanbushra.com
yayasanbushra2020@gmail.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.