Program Agihan Pek Makanan & Duit Raya 2024
Pada 7 April 2024, bersamaan dengan 27 Ramadan 1445H, telah berlangsung satu program kemuncak yang dilaksanakan pada setiap hujung Ramadan, iaitu Majlis Agihan Pek Makanan & Duit Raya kepada asnaf, pelatih Program Bahasa Arab Yayasan Bushra & pelatih Celik Huffaz Yayasan Bushra.
Turut memeriahkan lagi program ini, En. Zainal Abidin bin Abas & Puan Rosiyah binti Mat telah hadir dan menyerahkan pek bantuan makanan serta duit raya kepada setiap penerima yang diundang. Para asnaf yang telah menerima bantuan ini adalah mereka yang sangat komited dalam menghadirkan diri ke program mingguan yang kami anjurkan pada setiap hari Ahad, setiap minggu iaitu Kuliah Ilmu Mingguan Asnaf yang turut disiarkan secara LIVE setiap minggu. Tambahan lagi, para asnaf yang juga membawa pulang beras zakat fitrah yang telah diwakilkan kepada kami untuk diedarkan. Mereka yang terpilih turut menerima pek bantuan iftar sepanjang bulan Ramadan tempoh hari.
Jazaakumullahu khairan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Majlis Agihan Pek Makanan & Duit Raya ini terutamanya kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah, Pengerusi Eksekutif En. Adi Negara bin Kamarudin, Pengarah Kewangan & Pentadbiran En. Mohd Azrul bin Razak, Ustaz Abd Razak bin Mohamed, Pengarah Program Ustaz Syahid Syirati serta ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat.
Tidak juga kami lupakan dengan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman, yang mana telah turut serta bagi menjayakan Program Infak Pek Iftar Ramadan. Kutipan dana bagi program ini telah selesai jauh sebelum tibanya bulan Ramadan, alhamdulillah. Yayasan Bushra telah mensasarkan 170 pek iftar pada setiap hari sepanjang 26 hari dalam bulan Ramadan lalu. Semoga setiap program yang telah dan bakal dianjurkan oleh Yayasan Bushra dapat membantu meringankan bebanan para penerima serta bermanfaat di dunia dan akhirat.