Description
Adik Mujahid yang kini berumur 10 tahun telah didiagnosis oleh doktor mengidap penyakit “Beta Thalassemia Major”. Sejak lahir hingga sekarang adik Mujahid perlu menjalani rawatan pemindahan darah (blood transfusion) secara berkala.
Alhamdulillah dengan perkembangan teknologi rawatan terkini, adik Mujahid berpeluang untuk sembuh dari penyakit ini dengan menjalani rawatan pembedahan pemindahan sum sum tulang yang didermakan oleh bapanya sendiri, iaitu Saudara Muhammad Ridzuan.
Terdahulu adik Mujahid telah menjalani rawatan kemoterapi pada 19 hingga 23 Jun 2023 (sesi pertama) dan 17 hingga 21 Julai 2023 (sesi kedua).
Berikut adalah jadual rawatan yang perlu dilalui :
- 31 Julai 2023 : Ekstrak sel sum sum tulang dari penderma (bapa)
- 13 Ogos 2023 : Mula rawatan di wad untuk sesi ketiga kemoterapi dan “Operation CVL” iaitu membuat laluan untuk menerima sel sum sum tulang
- 30 Ogos 2023 : Bermula prosedur transplan sum sum tulang (mengambil masa sekurang-kurangnya 6 minggu)
Yayasan Bushra dengan dana yang ada sekarang ini hanya mampu menyumbang sebanyak RM5,000 dan telah diserahkan kepada Saudara Ridzuan.
Dengan ini pihak Yayasan Bushra ingin mengajak anda semua untuk turut sama membantu adik Mujahid dan keluarganya. Walau sedikit mana bantuan kita, mungkin besar bagi mereka dan besar di sisi Allah SWT.
Sumbangan juga boleh di salurkan terus ke akaun-akaun bank di bawah ini:
Nama akaun : YAYASAN BUSHRA
Maybank : 5624 6932 2440 | CIMB Bank : 8604 744 530 | Bank Islam : 1201 0010 1040 07