Pertemuan Bersama Dapur Ilmuna Homemade
Khamis, 30 Mei 2024 – Yayasan Bushra menerima kunjungan dari En. Ahmad Nizam bin Ramli dan isteri beliau, Puan Norhaizan binti Mohd Safari dari Ilmuna Homemade Food yang terletak di Pekan Batu 9, Cheras. Mereka suami isteri merupakan pemilik kepada Ilmuna Homemade Food yang membekal roti buatan mereka buat sendiri. Bermula dengan minat membuat roti, mereka berjaya membina perniagaan mereka dengan mewujudkan kedai menjual roti fizikal berbekalkan peralatan dan kelengkapan yang sangat minima pada permulannya.
Usaha keras mereka dalam memastikan kelangsungan perniagaan ini menjadikan mereka lebih kreatif dengan menghasilkan bahan seperti sos pizza sendiri atau ‘homemade’ yang menjadikan produk pizza mereka mempunyai keunikan tersendiri. YB difahamkan, Ilmuna Homemade Food telah berjaya menjual sebanyak 30,000 unit roti sehingga ke tahun ini. En. Ahmad Nizam, selaku Pengarah Urusan Ilmuna Homemade Food, berbekalkan kepakaran dengan pengalamannya telah menghasilkan lebih daripada 10 jenis produk yang dijual di kedai roti mereka. Antaranya adalah Roti Cheese, Roti Crabstick, Roti Tuna, Pizza Chicken Pepperoni, Pizza Crabstick dan pelbagai pilihan lagi.
En. Ahmad Nizam bersama isterinya Puan Norhaizan selaku Pengurus Ilmuna Homemade Food turut mewujudkan pelbagai program sebagai strategi pemasaran mereka. Antaranya Program Chef Junior yang melibatkan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang bertujuan membuka ruang bagi mencungkil bakar dan kemahiran anak-anak muda. Di samping itu juga, program infak turut dilaksanakan melalui pelanggan-pelanggan mereka yang budiman memilih untuk menginfakkan produk-produk mereka kepada penerima-penerima yang bersesuaian.
Dari pertemuan baru-baru ini juga, YB turut difahamkan bahawa perniagaan mereka juga tak terlepas dari kesan akibat penularan virus COVID-19 pada 4 tahun lalu. Mereka tetap teruskan perniagaan mereka dengan apa yang ada dan alhamdulillah, masih meneruskannya sehingga kini walaupun banyak lagi ruang dan keperluaan yang perlu ditambah bagi mengembangkan perniagaan mereka. Oleh itu, melalui perbincangan tempoh hari bersama Tuan Adi Negara bin Kamarudin, Pengerusi Eksekutif Yayasan Bushra, mungkin ada ruang untuk YB dan Ilmuna Homemade Food untuk bekerjasama pada masa akan datang. Ini kerana, melalui Dasar Pembangunan Ekonomi atau Dasar Bantuan Pelaburan, YB dapat membantu mana-mana entiti yang memerlukan bantuan mengikut kapasiti YB sendiri dan atas keperluan inilah wujudnya 2 Dasar Utama dan 3 Dasar Sokongan kami.
Sehubungan dengan itu, kami amat menggalakkan mana-mana individu atau organisasi mahupun pihak kerajaan yang berminat untuk membantu YB dengan menyalurkan dana dengan harapan YB dapat sebarkan lebih banyak manfaat kepada lebih ramai penerimanya. Kami turut tidak menolak sebarang cadangan penambaikkan agar lebih ramai mendapat manfaat dari gerak kerja Yayasan Bushra ini. Sebarang kerjasama dengan YB amatlah kami alu-alukan.
Sekiranya tuan puan ingin mencuba produk-produk Ilmuna Homemade Food atau mahu melawat kedai mereka, bolehlah hubungi atau terus ke premis kedai roti mereka seperti yang tertera dibawah.