Perkembangan Projek Pembangunan Kompleks Serbaguna & Taman Yayasan Bushra
Bukan satu perkara yang mudah untuk membangunkan sebidang tanah dengan misi & visi memangkin pembangunan ummah. Seperti yang tuan puan tahu, YB kini dalam usaha untuk membangunkan sebidang tanah di Olak Lempit Banting, sebagai projek pertama YB dibawah dasar Pengurusan Harta. Semuanya bermula pada tahun 2020 tetapi tergendala akibat penularan virus COVID-19 seluruh dunia.
Namun dengan izin Allah, pelbagai peringkat telah diusahakan dari pembelian sehingga ke hari ini. Tuan puan boleh rujuk status terkini bagi tanah ini seperti yang tertera dalam poster kronologi dibawah hampir lengkap bagi Fasa 01. Jadi, jika tuan puan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkembangan pembangunan tanah ini, boleh hubungi terus nombor yang tertera dibawah.
Adi Negara bin Kamarudin (Pengerusi Eksekutif Yayasan Bushra) – https://wa.me/60162091531
Mohd Azrul bin Razak (Pengarah Kewangan dan Pentadbiran) – https://wa.me/60193799160
Moga ramai yang akan dapat manfaat apabila siapnya nanti pembangunan tanah ini, in sya Allah.