Buku-buku poket seperti ini adalah salah satu medium penyebaran dakwah oleh Yayasan Bushra. Edaran dilakukan secara percuma ke surau, masjid, pusat-pusat kuliah agama, kepada orang perseorangan dan juga ke pelbagai organisasi kebajikan dan perniagaan.
Untuk itu kami perlukan peruntukkan dana khas untuk tujuan percetakan buku-buku poket ini.
Tajuk – tajuk buku yang perlu dicetak adalah seperti berikut :
Berdoalah
Seharian Bersama Basmalah
Himpunan 1000 Sunnah Nabi S.A.W Pagi & Petang
Ketika Usia Beranjak Senja
Tujuan penerbitan buku-buku poket kecil dan mudah faham ini, adalah untuk mendekatkan dan memudahkan lagi kefahaman agama pada masyarakat. Buku poket yang kecil dan nipis memudahkan masyarakat untuk dibawa ke mana-mana.
Dengan ini pihak Yayasan Bushra ingin mengajak anda semua untuk turut sama membantu. Walau sedikit mana bantuan kita, mungkin besar bagi mereka dan besar di sisi Allah SWT.
* Catatkan rujukan – Infaq Buku Poket
Sumbangan Juga Boleh Dibuat Secara Online Di Sini
Amount
Details
Payment
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan, seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah SWT tambahkan kewibawaan baginya” (H.R. Muslim, No. 2588).