Pengumpulan Beras Untuk Agihan Zakat Fitrah
Selasa, 26 Mac 2024
Alhamdulillah, beras-beras zakat fitrah yang diwakilkan kepada kami untuk diagihkan telah mula mengisi ruang di pejabat YB.
Ada beberapa hadis yang telah membicarakan mengenai ukuran dan bentuk zakat fitrah yang diserahkan ketika menjelang Aidilfitri. Ukurannya diperintahkan satu sho’, iaitu sukatan antara 2.157 – 3.0 kg. Sedangkan bentuk zakat fitrah adalah dengan makanan asas atau ruji.
Hadits no. 627
عَنِ اِبْنِ عُمَرَ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: – فَرَضَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – زَكَاةَ اَلْفِطْرِ, صَاعًا مِنْ تَمْرٍ, أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ: عَلَى اَلْعَبْدِ وَالْحُرِّ, وَالذَّكَرِ, وَالْأُنْثَى, وَالصَّغِيرِ, وَالْكَبِيرِ, مِنَ اَلْمُسْلِمِينَ, وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ اَلنَّاسِ إِلَى اَلصَّلَاةِ – مُتَّفَقٌ عَلَيْه ِ
Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah dengan satu sho’ kurma atau satu sho’ gandum bagi hamba dan yang merdeka, bagi laki-laki dan perempuan, bagi anak-anak dan orang dewasa dari kaum muslimin. Beliau memerintahkan agar zakat tersebut ditunaikan sebelum manusia berangkat menuju solat Aidilfitri.” Muttafaqun ‘alaih.
(HR. Bukhari no. 1503 dan Muslim no. 984).