Penerimaan Sumbangan Kurma
Selasa, 2 April 2024
Jazaakallahu khair kepada Encik Shahrul yang juga merupakan salah seorang bapa kepada peserta Celik Huffaz Yayasan Bushra atas sumbangan buah kurma. Betul sangat dah apa yang beliau buat ni pada akhir Ramadan 1445, kita digalakkan banyak bersedekah oleh Baginda Nabi ﷺ.
Baginda Nabi ﷺ ada menceritakan tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan di suatu hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah, yaitu hari akhirat. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)