Penerimaan Sumbangan dari Baitul Quran
Ahad, 31 Mac 2024.
Hari ini kami menerima sumbangan dari Kak Ros dari Baitul Quran berupa Susu Kurma untuk disekalikan bersama putu maya dan bubur lambuk dalam pek iftar harian untuk sahabat asnaf. Semuanya telah diagihkan selepas Kuliah Ilmu Mingguan yang telah disampaikan oleh Ustaz Abd Razak Mohamed Al-Bushrawi.