Para pelatih di bawah Program Bahasa Arab Yayasan Bushra (PBAYB) diberikan latihan, bahan rujukan, penginapan dan makanan secara percuma di sepanjang program ini berjalan selama 2 tahun bagi setiap pelatih. 

Yayasan Bushra fokus untuk membentuk ummah terutama dari segi ilmu. Dan tentu cara yang terbaik adalah melalui pemerkasaan Ilmu Al-Quran. Di PBAYB kami membentuk anak-anak yang telah hafaz Al-Quran 30 Juzuk untuk mereka lebih faham dan seterusnya mereka ini akan menjadi sumber rujukan masyarakat.

Setiap bulan Yayasan Bushra perlu memperuntukkan dana sebanyak RM35,000 untuk operasi di PBAYB ini termasuk kos guru dan prasarana yang yang digunakan.

Dengan ini pihak Yayasan Bushra ingin mengajak anda semua untuk turut sama membantu. Walau sedikit mana bantuan kita, mungkin besar bagi mereka dan besar di sisi Allah SWT.

Sila Buat Sumbangan Secara Online Di Sini

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.