Pelancaran Kutipan Dana Program Iftar Ramadan 2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yayasan Bushra dengan penuh harapan melancarkan kutipan dana bagi Program Iftar Ramadan 2025 yang telah bermula pada 6 Januari lalu lagi. Program ini bertujuan untuk menyediakan pek makanan iftar kepada golongan asnaf, fakir, miskin, dan mereka yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan nanti.
Apa yang menarik, sejak Disember 2024 lalu, sudah ada individu-individu yang pantas merebut peluang pahala dengan menempah hari-hari tertentu dalam bulan Ramadan untuk menaja pek makanan iftar. Kami amat terharu dengan semangat serta kesungguhan mereka yang ingin membantu. Oleh itu, kami mengajak lebih ramai lagi untuk bersama-sama menyumbang kepada program ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk turut serta menyebarkan kebaikan di bulan yang penuh barakah.
Setiap sumbangan anda akan membawa sinar kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan, selain menjadi bekalan amal jariah untuk akhirat kelak. Untuk maklumat lanjut atau menempah slot tajaan, sila hubungi nombor berikut:
- Adi Negara: 016 209 1531
- Isrusli: 010 869 1195
Kami di Yayasan Bushra sentiasa mendoakan agar segala usaha dan niat baik setiap individu yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, diberkati dan diganjari oleh Allah SWT. Marilah kita bersama-sama menjadikan Ramadan 2025 lebih bermakna dengan membantu mereka yang memerlukan.