Pek Juadah Sarapan Pagi Bagi Asnaf dan Yang Memerlukan
Pada hari ini kami telah mengedarkan sejumlah 70 pek juadah sarapan pagi kepada Asnaf dan memerlukan di kawasan Ken Rimba Shah Alam. Juadah ini telah diberikan oleh Pertubuhan Pembangunan Global.
Pada waktu yang sama juga kami telah mengedarkan sumbangan daging yang telah dibekalkan hasil kerjasama Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia dan MyPusaka.
Kami berasa amat berbangga kerana diberikan amanah untuk menyampaikan edaran juadah dan daging tersebut kepada golongan asnaf dan memerlukan di sini. Diharap kerjasama bersama Yayasan Bushra ini dapat diteruskan pada masa akan datang insyaAllah. Barakallahu feek
Post Comment
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.