Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Orang Beriman Memang Diuji

Surah Al-‘Ankabut (29): Ayat 2-3: “Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan (hanya dengan) berkata, ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji? Sungguh, Kami benar-benar telah menguji orang-orang sebelum mereka. Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui para pendusta.”.
Dari dalil ni by default orang-orang beriman pasti akan diuji. Kadang kita pelik tengok kawan kita ni ahli ibadah, ahli ilmu tapi banyak betul ujian hidupnya. Logik akal kita memberontak, “Ya Allah dia ni banyak amal soleh pada-Mu lalu kenapa kau uji dia begitu dahsyat sekali?” Tp mmg itu lah kehendak-Nya. Tak layaklah seseorang itu mengaku beriman, tetapi dia tak diuji. Ujian dia mcm mana?
Lihat ketika musibah datang, adakah dia mula salahkan takdir. Atau mula berkalau-kalau. “Kalau aku buat mcm ni dulu, mesti…”. Atau ada yang tidak berdoa pun kepada Allah. Dengan alasan “bende kecil saja ni takkan nak doa”. Atau ada yg meminta kepada selain Allah. Ada yang berdoanya lama kemudian putus harapn kerana makbul yg tak kunjung tiba. Ini semua ialah saat² getir yg menilai iman mereka.
Ketika ujian datang, lidah mula menyalahkan segala sekelilingnya. Kita keluhkn musibah ini kepada orang-orang yang banyak meminta simpati. Malah sanggup mengambil jalan yang haram demi permudahkan jalan. Ketika datang musibah, yang patut dilakukan ialah muhasabah. Renung kembali apa dosa yang kita lakukan. Adakah makan minum kita dari rezeki yang haram. Apa lidah kita ungkapkan yang zalim.
Alangkah indahnya ketika mereka memilih doa dan sabar sebagai jalan. Usaha dan ikhtiar sebagai asbab. Dan sabarnya bakal terjawab dengan selesainya segala musibah.
Jangan ingat jadi orang beriman itu semudah mengaku-ngaku mulut sahaja.
Taufiq Tuah
12.01.26 | 22.07.47
Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.