Misi Sebarkan Salam dan Berilah Makan di Lahad Datu
Bismillah,
Alhamdulillah hari ini Bushra Borneo dengan kerjasama Yayasan Bushra meneruskan Misi Sebarkan Salam dan Berilah Makan di kawasan Pulau Lok Biking Lahad Datu.
Lokasi agihan bantuan kali ini sangat mencabar, perjalanan 20 minit menaiki bot dari Bandar Lahad Datu, setelah sampai kami perlu melalui sungai kecil untuk sampai ke rumah asnaf. Siapa sangka laluan paya bakau yang sempit dan terpencil ini rupanya ada dua buah rumah yang didiami oleh keluarga yang sangat dhaif.
Tiada kemudahan elektrik dan air bersih, tiada line telefon, memasak masih mengunakan kayu api, bergantung hidup dengan hasil tanaman ubi kayu dan tangkapan ikan. Sekiranya ada rezeki jualan dari tangkapan ikan maka dapatlah mereka beli beras. kalau tiada, mereka hanya makan ubi kayu setiap hari yang mereka tanam dibelakang rumah.
Sungguh kali ini misi kami untuk keluarga ini memberi sinar baharu buat mereka iaitu dengan :
1) Membaiki rumah mereka agar lebih selesa untuk didiami.
2) Memberi bantuan makanan asas setiap bulan.
Ayuh tanam benih-benih amal sebelum tibanya kematian. Kami ingin mengucapkan Jazakumullahu khairan kepada UiTO dan KASEH4U atas sumbangan yang diberikan utk menyediakan makanan asas kali ini.
Post Comment