Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
Sabtu, 2 Disember 2023
2 perkara penting telah dibincangkan dalam pertemuan bersama Ahli Lembaga Pengarah pada hari ini.
Pertama sekali, pembentangan bajet untuk tahun 2024 yang mendatang tak lama lagi.
Kedua adalah perbincangan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun hadapan. Sekaligus dengan kedatangan bulan Ramadan yang kurang dari 100 hari lagi, insyaAllah.
Jadi, untuk sepanjang tahun 2023 ini, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak, terutamanya para penyumbang yang budiman.
Moga tahun hadapan, akan lebih banyak lagi kebaikan dan manfaat dapat disebarkan untuk pembangunan ummah! Malah, kita terus mohon kepada Allah agar setiap sumbangan tuan puan semua menjadi sumber pahala yang berterusan, insyaAllah.