Pemangkin Pembangunan Ummah
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Menuju Ramadan: Ulangkaji Sebagai Persiapan Ilmu & Iman

Rejab dah berlalu, kini kita berada di hujung bulan Syaaban dan ini bermakna kurang dari 2 minggu umat Islam seluruh dunia akan menyambut tetamu agung iaitu bulan Ramadan. Persoalannya, adakah setiap dari kita merasa gembira dan juga penuh dengan pengharapan terhadap kedatangan Ramadan? Adakah kita sudah bersedia dengan persiapan yang rapi atau kita masih lagi seperti individu yang sama pada tahun-tahun sudah? Jadi, jom kita sama-sama berusaha keras sebagai persiapan dari sudut ilmu dan iman, mudah-mudahan, kita memasuki bulan Ramadan dengan kesiapsiagaan yang sebetulnya. Jom ulangkaji!

Pengertian Ibadah Puasa

Puasa dari sudut bahasa bererti menahan diri dari sesuatu dan juga bermaksud perisai. Dari sudit istilah syarak pula, puasa ialah suatu ibadah yang dilakukan dengan menahan diri dari makan, minum dan apa jua perkara yang membatalkannya dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Ibadah puasa terbahagi kepada 3 bentuk hukum seperti berikut:

  1. Puasa Wajib – iaitu puasa pada bulan Ramadan bagi mereka yang berupaya dan tidak ada halangan (keuzuran) syar’ie seperti wanita yang didatangi haid dan nifas. Begitu juga wajib bagi orang yang bernazar untuk berpuasa.
  2. Puasa Sunat – puasa selain daripada puasa di bulan Ramadan dan puasa Nazar, seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa enam hari di bulan Syawal dan lain-lain.
  3. Puasa Haram – iaitu puasa pada 1 Syawal (aidilfitri), 10 Zulhijjah (aidil adha) serta 11, 12 dan 13 Zulhijjah (ayyamu at-Tasyrik).

Dalil Wajib Ibadah Puasa Ramadan

Dalil dari al-Quran:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” – al-Baqarah, 2:183

Dalil dari al-Hadis:

“Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, diwajibkan kepada kalian ibadah puasa, dibukakan pintu-pintu surga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa yang tidak mendapatkan kebaikannya bererti ia telah benar-benar terhalang atau terjauhkan (dari kebaikan).” – HR Ahmad

Perkara-perkara yang Membatalkan Ibadah Puasa

  • Makan atau minum dengan sengaja disiang hari (setelah terbit fajar hingga tenggelam matahari).
  • Memasukkan sesuatu ke dalam perut melalui rongga badan dengan sengaja.
  • Muntah dengan sengaja.
  • Berjimak atau mengeluarkan air mani dengan sengaja di siang hari.
  • Haid dan nifas.
  • Gila atau hilang akal.
  • Murtad.

Perkara-perkara yang Membatalkan Pahala Ibadah Puasa

  • Meninggalkan kewajipan seperti tidak mendirikan solat fardu dan tidak menutup aurat.
  • Melakukan perkara maksiat seperti menipu, mengumpat, berkata dengan kata-kata keji dan lain-lain.
  • Membazir dan berlebih-lebihan pada makanan dan minuman ketika bebuka puasa.

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan yang dusta dan beramal dengan pembohongan maka Allah tidak berjahat keatas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum.” – HR Bukhari

Amalan Sunnah Orang yang Berpuasa

  • Melewatkan sahur.
  • Mempercepatkan berbuka puasa pada waktunya.
  • Memperbanyakkan tilawah al-Quran.
  • Memperbanyakkan sedekah dan amal kebajikan.
  • Memberi makanan kepada orang berpuasa.
  • Mengerjakan umrah di bulan Ramadan.
  • Menghidupkan malam-malam Ramadan dengan ibadah qiyam.
  • Berusaha mencari malam lailatul qadar khususnya pada sepuluh malam ganjil yang terakhir dari bulan Ramadan.
  • Iktikaf di masjid pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.

Ibadah puasa dibulan Ramadan adalah sebuah latihan intensif untuk mendidik diri mengawal hawa nafsu, meningkatkan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya sehingga berjaya menjadi hamba Allah  yang bertakwa. Ibadah puasa bukanlah musim bermalas-malasan dan tidak juga musim pesta makan dan minum!

Ayuh kita berusaha bersiap sedia, Ramadan makin dekat! إن شاء الله

No. 12, Taman Ken Rimba, 2, Jalan Lengkuas D16/D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yb@yayasanbushra.com
yayasanbushra2020@gmail.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.