Menteri Meluluslan Pemilikan Tanah di Olak Lempit, Banting
29 Jun 2024, Sabtu – Alhamdulillah, permohonan Yayasan Bushra berkenaan dengan memperoleh kelulusan menteri untuk memilik tanah yang telah kami usahakan di Olak Lempit lebih kurang 2 tahun sudah telah diluluskan. Ini satu kejayaan bagi Yayasan Bushra dalam merealisasikan pojek pembangunan tanah ini bagi mewujudkan Kompleks Serbaguna & Taman Yayasan Bushra sebagai salah satu usaha kami di bawah Dasar Pengurusan Harta Yayasan Bushra.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Tanah & Galian Selangor juga telah meluluskan permohonan kami bagi menukarkan nama pemilik asal tanah kepada nama Yayasan Bushra. Manakala, Yayasan Bushra kini juga sedang menunggu respon pihak Pejabat Tanah & Galian Selangor untuk menukarkan nama pemilikan tersebut. Baru-baru ini kami ada melawat tanah tersebut dan alhamdulillah, usaha-usaha menolak dan menambak tanah yang telah dilakukan beberapa tahun lalu masih kekal kukuh dan menunjukkan hasil yang baik.
Dengan perkembangan ini, Yayasan Bushra benar-benar bersyukur dan mengucapkan jazaakumullahu khairan kepada para penyumbang serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Teruskan berdoa untuk kami kekal dalam usaha bagi membangun ummah dari sudut ilmu serta aspek-aspek kehidupan yang lain, insya Allah.