Pemangkin Pembangunan Ummah
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Lawatan Yayasan Bushra ke Rumah Saudara Haji Omar

Pada 10 Oktober 2024, Yayasan Bushra telah melaksanakan satu lawatan kebajikan ke rumah Saudara Haji Omar, yang baru-baru ini mengalami kecederaan selepas terjatuh di kediamannya. Lawatan ini bertujuan untuk menyerahkan bantuan yang mungkin dapat dimanfaatkan bagi meringankan beban beliau dan keluarganya. Kecederaan di kaki akibat terjatuh telah menyebabkan Saudara Haji Omar mengalami kesukaran bergerak, namun beliau kini berada dalam fasa penyembuhan, alhamdulillah.

Bantuan yang diserahkan oleh Yayasan Bushra ini merupakan serta sedikit sumbangan kewangan hasil daripada derma ikhlas para penyumbang. Yayasan Bushra ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan. Tanpa sokongan berterusan daripada masyarakat, usaha kebajikan seperti ini tidak dapat dijayakan dengan lancar. Jazakumullahu khairan.

Oleh itu, pihak Yayasan Bushra turut mengambil kesempatan  ini dan mengajak tuan puan untuk mendoakan serta memohon kepada Allah SWT agar Saudara Haji Omar diberikan kesembuhan yang cepat dan kesihatan yang baik. Semoga beliau dapat kembali menjalani kehidupan harian dengan sempurna dan ceria seperti sediakala, lebih-lebih lagi dalam melaksanakan ibadah harian.

Kami mendoakan agar Allah Subhanahuwata’ala memberkati semua penyumbang dengan rezeki yang melimpah-ruah dan pahala yang berlipat kali ganda. Semoga segala usaha kebajikan ini dapat diteruskan demi membantu lebih ramai yang memerlukan di masa hadapan.

Sekiranya tuan puan ingin menyumbang dengan hasrat untuk bersama-sama Yayasan Bushra membantu mereka yang memerlukan, boleh ke halaman infak kami untuk info selanjutnya.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.