Lawatan ke Madrasah Darul Hikmah
Selasa, 5 Disember 2023
Jauh YB bermusafir hari ini. Kami ke Terengganu, buat lawatan ke Madrasah Darul Hikmah berukhwah bersama Al-Fadhil Ustaz Syed Mohd Azwan Bin Syed Yahya.
Matlamat kami ke sana juga adalah untuk mewujudkan satu kerjasama strategik bersama Dakwah Unlimited , supaya lebih banyak kebaikan & manfaat dapat disebarluaskan, insyaAllah.
Bersama semalam, kami sampaikan juga sedikit buah tangan dari Yayasan Bushra berupa kalender dan buku-buku poket, alhamdulillah. Moga bermanfaat!