Lawatan ke Kitchen Garden Batu 10 Lekir
Datang-datang, tengok kemain banyak ayam, Tapi tak bau.
Ya Allah, kami yang datang semua rasa tertarik.
Lagi-lagi, bila kita tengok tanah ni tak besar manaaaa,,, sebelah rumah je, di manfaatkan dengan macam-macam sekali.
Moga Allah berkati Abg Hamdan.
Nak dapat suasana pergi lah ke, Setiawan, Perak.
Kitchen Garden Batu 10 Lekir.
Banyakk ilmu dikongsikan. Sangat tak kedekut ilmu, takda selindung.
Moga Allah Rahmati beliau, dan manfaatkan ilmu yang dikongsi, moga jadi bekalan akhirat beliau.
Yayasan Bushra pun bukan nak buat perniagaan, bukan nak ambil untung.
Ini untuk projek pembangunan ummah dari segi ekonomi, supaya masyarakat kita lebih stabil dari segi keperluan Dunia, dan seterusnya, boleh lebih fokus mendekatkan diri pada Allah.