Lawatan ke Kediaman Penasihat Yayasan Bushra
Rabu, 24 Januari 2024
Semalam, Ustaz Abd Razak Mohamed Al-Bushrawi, Adi Negara Al-Bushrawi dan 2 orang pelatih Program Bahasa Arab Yayasan Bushra pergi menziarahi Profesor Dato’ Dr. Mohd Radzi Othman bagi menguruskan hal-hal berkenaan dengan lanjutan pengajian pelatih-pelatih PBAYB ke Darul Hadis Subaihah di Yaman tak lama lagi. Untuk pengetahuan tuan puan, beliau merupakan Penasihat kepada Yayasan Bushra.
.
Kami ucapkan جَزَاكَ ٱللَّٰهُ خَيْرًا kepada beliau atas kesudian menerima kunjungan kami dan semoga Allah memberi kesihatan dan keberkatan umur kepada beliau.