Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Lafaz Takbir Menurut Sunnah?

Ramai bertanya saya tentang lafaz takbir raya yang dianjurkan dalam sunnah. Inginsaya jelaskan bahawa tidak terdapat hadis sahih daripada Nabi sallallah alaih wasallam tentang had lafaz takbir khusus untuk hari raya ini.
Terdapat beberapa riwayat sahih daripada sahabat dengan bacaan yang berbeza-beza seperti berikut:
i. Takbir Ibn Mas’ud:
الله أكبر ، الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله ، والله أكبر الله أكبر ولله الحمد
ii. Takbir Salman:
كبروا الله: الله أكبر الله أكبر الله أكبر كبيرا.
Riwayat lafaz takbir daripada salaf yang pelbagai menunjukkan isu ini ada keluasan. Maka setiap takbir yang mempunyai lafaz membesarkan Tuhan dan mengagungkan-Nya tidak dilarang. Inilah yang ditegaskan oleh Imam Syafie, al-Son’ani dan ulama lain lagi.
Imam Syafie berkata:
إن زاد فقال: الله أكبرُ كبيراً، والحمدُ للَّه كثيراًَ، وسُبْحانَ اللهِ بُكرةً وأصيلاً، لا إلهَ إلا اللهُ، ولا نعبدُ إلا إيَّاه، مخلصين له الدِّينَ ولو كره الكافرون، لا إله إلا اللهُ وحدَهُ، صدَقَ وعده، ونصرَ عبدَه، وهزم الأحزابَ وحده، لا إله إلا الله واللهُ أكبرُـ كان حسناً.
Maksudnya: jika seseorang menambah (lafaz takbir): “Allah akbar kabira, walhamdu lillah kathira,wa subhanallahi bukratan wa asila, laa ilaha illah Allah wala na’budu illa iyyahu mukhlisina lahuddin, walau kariha al-kafirun, laa ilaha illa Allahu wahdah, sadaqa wa’dah wa nasara ‘abdah wa hazamal ahzab wahdah. Laa ilaha illah Allahu wallahu akbar” itu baik.
Bahkan ayat al-Quran yang mutlak memerintahkan bertakbir itu umum maka setiap lafaz yang mengandungi kebesaran Allah dan keagungan-Nya diterima dan dapat memenuhi tuntutan sunnah.
Moga bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle
Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.