Bersama Membangun Harapan Anak-Anak OKU

12 orang anak-anak OKU memerlukan bantuan & perhatian anda!

Kolaborasi YB bersama Tender Touch Paediatric Rehab

Usaha ini merupakan kolaborasi di antara Yayasan Bushra dan Tender Touch Paediatric Rehab dalam membantu seramai 12 orang anak-anak OKU berusia 1 hingga 9 tahun. Mereka adalah anak-anak istimewa yang memerlukan terapi khusus akibat pelbagai kondisi seperti Cerebral Palsy, Craniopharyngioma, Down Syndrome dan lain-lain. Melalui program ini, mereka menerima sokongan rawatan yang sangat penting untuk perkembangan fizikal, emosi dan sosial mereka.

Namun, tanpa bantuan kewangan yang mencukupi, pihak Tender Touch mungkin tidak lagi mampu menampung kos terapi serta keperluan asas ini. Sekiranya itu berlaku, anak-anak ini berisiko kehilangan peluang untuk mendapatkan kemudahan dan rawatan yang mereka amat perlukan bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Setiap sumbangan melayakkan anda mendapat resit pengecualian cukai dari Yayasan Bushra.

Kenali Tender Touch Paediatric Rehab

Kami adalah pusat fisioterapi dan pemulihan khusus untuk kanak-kanak berusia bawah 15 tahun. Kami menyediakan perkhidmatan fisioterapi untuk pelbagai kes termasuk muskuloskeletal, pernafasan, neurologi serta kesejahteraan fizikal kanak-kanak. Selain itu, kami juga mempunyai terapi carakerja (occupational therapy) dalaman bagi memberikan rawatan yang lebih menyeluruh dan holistik untuk anak-anak di bawah jagaan kami. adalah pusat fisioterapi dan pemulihan khusus untuk kanak-kanak berusia bawah 15 tahun. Kami menyediakan perkhidmatan fisioterapi untuk pelbagai kes termasuk muskuloskeletal, pernafasan, neurologi serta kesejahteraan fizikal kanak-kanak. Selain itu, kami juga mempunyai terapi carakerja (occupational therapy) dalaman bagi memberikan rawatan yang lebih menyeluruh dan holistik untuk anak-anak di bawah jagaan kami.

Walaupun Hanya RM10, Sumbangan Itu Mampu Melakar Senyuman Mereka, Insya Allah.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.