Kunjungan dari Baitur Rahmah
Isnin, 9hb Januari 2023.
Pejabat Urusan Yayasan Bushra telah dikunjungi al-Fadhil Ustaz Yunus dan Abu Miqdad dari Baitur Rahmah.
Alhamdulillah penerangan mengenai dasar dan matlamat penubuhan YB telah disampaikan oleh En. Adi Negara.
Isu hala-tuju anak-anak Huffaz menjadi topik perbincangan yang amat menarik antara kedua-dua pihak.
Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan segala hasrat dan usaha YB & Baitur Rahmah.