Kuliah Mingguan dan Bantuan Asnaf
Ahad, 6 Ogos 2023.
Inilah muka yang tekun datang menghadiri kelas agama setiap minggu.
Alhamdulillah,
Allah memudahkan untuk kelas agama sentiasa berjalan.
Bantuan yang diberikan, dakwah yang dijalankan,
Semuanya dari tabung sumbangan.
Setiap amalan dari ilmu yang telah dipelajari,
Semua dapat ke penyumbang.
“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah (perbuatan) yang baik, maka baginya pahala perbuatan tersebut dan pahala sesiapa yang mengikutinya melakukan perbuatan itu tanpa dikurangi pahala mereka yang mengikutinya itu sedikit pun.
Dan sesiapa yang memulakan dalam islam (sunnah) perbuatan buruk, maka baginya dosa perbuatan tersebut dan dosa sesiapa yang mengikutinya melakukan perbuatan itu tanpa dikurangi sedikit pun dosa mereka yang mengikutinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)