Kolaborasi Program Ibadah Korban 2024
Sabtu, 27 April 2024
Alhamdulillah, kami baru saja selesai berjumpa pemilik Imam Emas Resources bincang mengenai kolaborasi kami untuk Program Ibadah Korban 2024, Jun nanti.
Tahun lepas pun YB menggunakan servis mereka. Alhamdulillah, terbaik servis² yang ditawarkan. Memudahkan kerja² urusan korban kami. Yang penting, semua ternakan adalah dibawah pemantauan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Kami juga ada agihkan buku poket YB Aqiqah & Korban untuk diagihkan oleh pihak Iman Emas Resources sebagai dakwah kepada masyarakat setempat.