Kerjasama Yayasan Bushra dan PRU
Alhamdulillah, Yayasan Bushra dengan kerjasama Pergerakan Resolusi Ummah (PRU) berbesar hati kerana dapat menjalankan amanah dengan menghulurkan sebanyak 15 Pek bantuan makanan serta pakaian terpakai (masih baik) kepada asnaf yang dikenalpasti di kawasan Kapar.
Sungguh usaha murni ini tidak mampu kami jayakan tanpa bantuan dan sumbangan dana dari anda yang selama ini menyumbang bagi tabung dakwah dan kebajikan Yayasan Bushra.
Kami sekali lagi mengucapkan Jazakumullahu khayran kepada anda yang tidak jemu dalam membantu kami dan insyaAllah kami akan terus menunaikan amanah yang anda berikan.
Post Comment
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.