Pemangkin Pembangunan Ummah
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Keputusan LHDN Terhadap Permohonan Cadangan Yayasan Bushra (YB) Menambah Kerja-kerja Kebajikan dan Dakwah dalam Perlembagaan

Alhamdulillah, bermula Oktober 2023 yang lalu, Yayasan Bushra (YB) telah mendapat status pengecualian cukai dari LHDN. Ini bermakna, infak dari para munfiqin layak mendapat pemotongan cukai dengan kadar tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib. Walaubagaimanapun, terdapat syarat yang perlu dipenuhi oleh YB untuk terus kekal mendapat status pengecualian tersebut.

Antara syarat utama tersebut ialah, YB hanya boleh menyalurkan dana kepada pihak yang layak di dalam segmen KEBAJIKAN sahaja. Implikasi daripada syarat ini, perbelanjaan 4 dasar lain yang menjadi teras YB selama ini tidak dapat diteruskan. Ini termasuklah perbelanjaan yang berkaitan DAKWAH. Beberapa rombakan terpaksa dibuat oleh YB bagi memenuhi syarat pematuhan seperti berikut:

i. Penyaluran dana bagi membiayai aktiviti Program Bahasa Arab dan Celik Huffaz terpaksa dihentikan. Penyaluran yang berbentuk penajaan pengajian pelatih-pelatih ke pusat pengajian lain yang berdaftar masih dibenarkan bagi yang layak.

ii. Program pengajian berkitab atau umum secara terbuka terpaksa dihentikan. Walau bagaimanapun, pengajian dalaman bersama asnaf masih boleh diteruskan.

iii. Rancangan asal pembangunan Kompleks Pusat Bahasa Arab YB di tanah milik YB di Olak Lempit terpaksa di tukar kepada pembangunan kompleks yang lebih umum fungsinya bagi melancarkan aktiviti-aktiviti KEBAJIKAN seperti Dewan dan Bengkel Kemahiran, perumahan untuk golongan susah dan sebagainya di dalam segmen KEBAJIKAN.

Pada bulan Ogos 2024 yang lalu, YB telah membuat permohonan untuk meminda perlembagaan dengan memasukkan DAKWAH sebagai salah satu objektif YB. Namun begitu, permohonan ini telah ditolak menerusi surat LHDN yang bertarikh 24 September 2024 (lihat lampiran). Di dalam surat tersebut juga dinyatakan implikasi sekiranya syarat pengecualian cukai tidak dipatuhi.

Berdasarkan perkembangan semasa ini, dengan berat hati, YB terpaksa meneruskan rombakan aktiviti pada poin (i) dan (ii) di atas sehingga keadaan ini boleh diubah di suatu masa kelak.

Memandang Kehadapan

YB akan mempergiatkan serta memperluaskan sasaran aktiviti kebajikannya seperti membantu orang miskin, orang tua, anak yatim, orang kurang upaya, keluarga yang di timpa bencana atau banjir dengan matlamat mempertingkatkan kualiti kehidupan dan keperluan penting.

Usaha tersebut juga bergantung kepada infak serta sumbangan dana dari semua pihak samada orang perseorangan atau syarikat korporat yang boleh dapatkan resit pengecualian cukai. Insya Allah.

Sekian, semoga anda semua terilham untuk terus membantu kami agar kami dapat membantu mereka yang memerlukan.

Untuk mengetahui perkembangan aktiviti YB anda boleh layari laman sesawang rasmi atau Facebook rasmi kami.

Untuk penerangan lanjut sila hubungi:

  • Adi Negara (016-2091531)
  • Encik Azrul (019-3799160)

Jazakumullahu khairan wa barakallahu feekum. Terima Kasih.

No. 12, Taman Ken Rimba, 2, Jalan Lengkuas D16/D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yb@yayasanbushra.com
yayasanbushra2020@gmail.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.