Pemangkin Pembangunan Masyarakat
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Kempen Infak Kurma Sempena Program Iftar Ramadan

Sebagaimana kelaziman setiap tahun, ketika Program Iftar Ramadan dilaksanakan, Yayasan Bushra turut menyediakan kurma untuk disertakan bersama pek iftar yang akan diagihkan kepada para asnaf. Inisiatif ini bukan sekadar melengkapkan juadah berbuka puasa, bahkan bertujuan menghidupkan sunnah serta menambah keberkatan dalam setiap sumbangan yang diberikan.

Bagi tahun ini, pihak Yayasan Bushra menyasarkan kutipan sebanyak RM3,000 untuk penyediaan 300 kotak kurma. Kurma-kurma ini akan diagihkan setiap minggu sepanjang Ramadan, atau mengikut keperluan semasa para asnaf di bawah seliaan Yayasan Bushra serta asnaf di sekitar kawasan pejabat kami, insya-Allah.

Amalan berbuka dengan kurma bukan sekadar tradisi, bahkan ia berlandaskan sunnah Nabi SAW. Daripada Salman bin Amir ad-Dhabbi RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila seseorang kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma kerana ia adalah keberkatan. Sekiranya tidak jumpa, maka berbukalah dengan air kerana ia adalah penyuci.”
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – hadis sahih)

Hadis ini menjadi dorongan kepada kami untuk memastikan para asnaf turut dapat merasai keberkatan sunnah ini ketika berbuka puasa. Dalam suasana Ramadan yang penuh rahmat, setiap butir kurma yang disumbangkan menjadi simbol kasih sayang dan kebersamaan umat Islam dalam membantu mereka yang memerlukan.

Kami mengajak para penyumbang untuk bersama-sama menjayakan Kempen Infak Kurma ini. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab keredaan Allah SWT dan dihitung sebagai amal soleh yang berpanjangan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

YAYASAN BUSHRA
562469322440 (Maybank)
Rujukan: Infak Kurma

Semoga Allah menerima setiap kebaikan yang diusahakan dan memberkati rezeki para penyumbang. Amin.

Logo YB 2025 - White-17

YAYASAN BUSHRA (1350331-V)
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D, Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yayasanbushra2020@gmail.com
yb@yayasanbushra.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.