BANTU KAMI

October 26, 2020

Lawatan Mahabbah & Sumbangan Kitab Pengajian kepada Pusat Pengajian Islam

Lawatan Mahabbah & Sumbangan Kitab Pengajian kepada Pusat Pengajian Islam

October 26, 2020

Yayasan Bushra akan mengadakan lawatan mahabbah di beberapa pusat pengajian islam yang terpilih dan memberikan sumbangan berbentuk kitab pengajian serta akan berbincang dengan pihak pengurusan untuk sinergi kebaikan yang boleh dianjurkan Bersama pada masa akan datang.

Pihak Yayasan Bushra akan mengenal pasti beberapa pusat pengajian islam yang berpotensi di seluruh negara untuk di berikan bantuan sekiranya diperlukan.

Bantuan yang akan disalurkan berbentuk kewangan , buku pengajian dan kemahiran professional sekiranya perlu dengan tujuan untuk menambah mutu nilai dan prestasi demi kebaikkan ummah.

Dalam keadaan ekonomi yang merundum , pasti akan ada pihak yang terkesan khususnya pusat pengajian islam yang beroperasi seperti ini tidak berpaksikan keuntungan sebagai agenda utama.

Mereka juga perlukan perhatian kita semua kerana institusi seperti ini yang menjadi nadi utama kesejahteraan ummah agar masyarakat tidak asing dari syariat islam sebagai pedoman hidup.

Copyright © 2020 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Designed & Maintained by GTNS.
No. 12-2, Jalan Lengkuas D16/D Taman Ken Rimba, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
crossmenu linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram