Bantuan Barang Dapur Asnaf (SEDEQAH BOX)
Yayasan Bushra mengambil inisiatif untuk membantu asnaf dalam beberapa kawasan di Sekitar Malaysia dengan menyediakan bantuan berbentuk barang asas dapur sebagai sumbangan bulanan.
Hampir kesemua asnaf yang berdaftar Yayasan Bushra diberikan bantuan barang asas dapur secara bulanan dan bahan yang diberikan mempunyai kapasiti bekalan untuk isi rumah seramai lima orang.
Dengan adanya bantuan barang asas dapur ini, Yayasan Bushra dapat membantu golongan asnaf meringankan beban hidup dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan mereka.
Inisiatif ini juga dijalankan oleh beberapa NGO lantikan Yayasan Bushra sebagai sinergi kebaikan demi menjalankan misi kebajikan di Selangor, Kedah dan Sabah dan dijangkakan akan bertambah Kawasan operasi kebajikan pada masa akan datang.
Sinergi kebaikan ini direncana bagi meluaskan jumlah penerima yang mendapat bantuan dan sekaligus melibatkan mereka ke dalam program dakwah dan tarbiah Yayasan Bushra.
Post Comment