Infaq
Tabung OKU
Melalui kolaborasi Yayasan Bushra dan Tender Touch Paediatric Rehab, seramai 12 anak-anak OKU berusia 1–9 tahun dengan pelbagai kondisi seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome dan lain-lain diberi peluang mengikuti terapi khusus yang mereka perlukan.
Derma Kilat Bencana Sijangkang & Meru
Tabung Asnaf, Fakir & Miskin
Hasil sumbangan ini dimanfaatkan untuk para asnaf di bawah pengurusan YB serta asnaf melalui wakil-wakil YB juga mereka dari kalangan keluarga fakir & miskin secara bulanan berbentuk barangan asas dapur seperti beras, tepung, santan dab lain-lain.
Tabung Bantuan OKU
Dana dari tabung ini akan disalurkan kepada individu yang mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti memerlukan kerusi roda, tongkat dan keperluan-keperluan lain.
Tabung Kesihatan
Tabung Kesihatan Yayasan Bushra membantu asnaf dan golongan kurang berkemampuan menampung kos rawatan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan. Sumbangan anda meringankan beban pesakit serta memberi peluang untuk mereka kembali sihat.
Tabung Pendidikan & Pelajaran
Tabung ini membantu golongan kurang berkemampuan menampung kos pendidikan seperti yuran, peralatan belajar dan pengajian tinggi. Sumbangan anda membuka peluang ilmu dan masa depan cerah untuk generasi akan datang.

