Hakikat Hijrah
Hakikat hijrah bukan sekadar berpindah tempat atau berubah penampilan, tetapi berpindah daripada maksiat kepada ketaatan, daripada kelalaian kepada ketaatan kepada Allah ﷻ.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.” (HR. Imam al-Bukhari)
Hijrah yang sebenar ialah:
- Meninggalkan syirik kepada tauhid
- Meninggalkan dosa kepada taubat
- Meninggalkan bid‘ah kepada sunnah
- Meninggalkan cinta dunia yang melalaikan kepada akhirat
- Meninggalkan akhlak buruk kepada akhlak yang mulia
Allah ﷻ berfirman:
“Dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah kemudian mereka dibunuh atau mati, pasti Allah akan memberikan kepada mereka rezeki yang baik.” (Surah Al-Hajj: ayat 58)
Hijrah juga memerlukan:
- Ilmu agar berada di atas petunjuk
- Sabar dalam menghadapi ujian manusia
- Istiqamah walaupun perubahan berlaku perlahan-lahan
Bukan semua orang yang berhijrah terus menjadi sempurna. Namun yang penting ialah terus memperbaiki diri, istiqamah dalam kebaikan, dan tidak kembali berbangga dengan dosa-dosa lama.
Semoga Allah menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang sentiasa berhijrah menuju reda-Nya hingga akhir hayat.
Aamiin.
– Taufiq Ong Ma

