Pemangkin Pembangunan Ummah
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae
Shpae

Encik Ariff Ismail Dari Black Eye Scuba Team Kunjungi Yayasan Bushra

19 Ogos 2024, Isnin – Yayasan Bushra menerima kunjungan istimewa daripada Encik Ariff Ismail, seorang penyelam bertauliah dari Black Eye Scuba Team yang terletak di Kuala Lumpur dan juga merupakan seorang aktivis yang aktif dalam kerja-kerja pemeliharaan ekosistem laut. Ini adalah satu langkah strategik yang membuka peluang baru bagi Yayasan Bushra untuk memperluaskan bidang kerja amal mereka ke arah perlindungan alam sekitar.

Tujuan Kunjungan

Kunjungan Encik Ariff bertujuan untuk menjalin kerjasama dengan yayasan dalam pelbagai aspek antaranya kerja-kerja pelestarian pemeliharaan ekosistem laut itu sendiri, menyediakan kursus-kursus berkaitan untuk para asnaf dan lain-lain cadangan. Beliau turut berkongsi dengan kami tentang inisiatif yang telah beliau jalan dalam menjaga kelestarian ekosistem laut. Lihat saja akaun Facebook beliau, pelbagai aktiviti dan program yang telah melibatkan beliau. Beliau juga merupakan salah seorang Certified Instructor dari Black Eye Scuba Team di Kuala Lumpur.

Peluang Kerjasama Baru

Kunjungan ini membuka peluang baru yang menarik bagi Yayasan Bushra untuk memperluaskan fokus dasar-dasar yayasan iaitu Dakwah & Kebajikan bidang perlindungan alam sekitar. Mungkin dengan kerjasama ini, yayasan dapat memanfaatkan kepakaran Encik Ariff dalam bidang pelestarian laut untuk melaksanakan inisiatif baru yang bukan sahaja memberi manfaat kepada alam sekitar tetapi juga kepada komuniti setempat. Ini sejajar dengan tuntutan syarak yang boleh dilihat melalui larangan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى ke atas sekalian manusia daripada melakukan kerosakan ke atas muka bumi. Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman:

وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.”

Surah al-A‘raf (56)

Yayasan Bushra berpotensi untuk melancarkan program-program baru yang menggabungkan pendidikan alam sekitar dengan aktiviti sukarelawan, seperti pembersihan pantai dan penyelamatan habitat marin. Ini boleh menjadi platform yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar serta memberi peluang kepada masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam usaha-usaha pelestarian. Dalam masa yang sama memberi kefahaman atas tuntutan-tuntuan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berkeaan dengan alam sekitar ke atas manusia.

Harapan

Kunjungan Encik Ariff Ismail ke Yayasan Bushra adalah langkah awal yang penting dalam menjalin kerjasama sebagai pembuka ruang-ruang baru bagi yayasan. Dengan gabungan kepakaran dan sumber daya, diharapkan usaha ini akan membawa perubahan positif yang ketara dalam memberi kefahaman sekaligus meningkatkan usaha penjagaan ekosistem laut serta memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih peka dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar sepertimana yang dituntut, insya Allah.

No. 12, Taman Ken Rimba, 2, Jalan Lengkuas D16/D, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

+603-5523 2832
+6013-969 7944

yb@yayasanbushra.com
yayasanbushra2020@gmail.com

Copyright ©2023 Yayasan Bushra (1350331-V). All Rights Reserved. Developed & Maintained by Mytranspro.