Edaran Juadah Makanan Asnaf 65 Pek
Hari ini Yayasan Bushra mengedarkan bantuan juadah makanan kepada golongan asnaf. Sebanyak 65 pek juadah makanan tengah hari diagihkan kepada golongan asnaf dan memerlukan di sekitar Pangsapuri Ken Rimba.
Bantuan makanan ini merupakan salah satu bantuan yang dijalankan di Yayasan Bushra sebagai salah satu teras utama yang diterapkan di Organisasi ini. Kami meletakkan tunjang utama bagi pergerakan operasi Yayasan dengan menerapkan lima dasar utama dalam menjadi Pemangkin Pembangunan Ummah.
Post Comment
Anda perlu log masuk untuk menghantar ulasan.